Konflik Syria (Eksklusif)

BSPB1020

ISBN: BSPB1020

PENERBIT: Best Seller Publication

PENGARANG: Mohd Fikri Che Hussain

HARGA: RM14.90

Borang Pembelian/Pesanan (Di Sini)

Ringkasan:

Apakah yang anda tahu tentang konflik di Syria? Adakah hanya masalah politik dalaman?

Adakah isu kepimpinan tidak demokratik? Adakah permasalahan etnik dan mazhab?

Apakah ia merupakan isu akidah dan pegangan?

BICARA EDITO

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Pemberontakan berdarah di Syria memasuki tahun kedua,
dengan rejim Presiden Bashar al-Assad terus membedil kubukubu
pemberontak, manakala pelarian Syria terus meningkat di
persempadanan negara mereka. Konflik yang berlarutan ini bukan
sekadar satu perpecahan dalaman tetapi jika tidak dibendung ia
akan membawa kepada konflik luaran yang lebih dahsyat.
Badan-badan dunia masih cuba untuk mencari jalan
penyelesaian. Namun, usaha untuk mempercepatkan bagi
menamatkan pertumpahan darah di Syria ini kian menemui jalan
buntu. Washington dengan agendanya untuk menghulurkan
bantuan kepada pelarian dan pemberontak Syria telah disekat
oleh pihak Rusia dan China yang telah menggunakan kuasa veto
mereka bagi menyekat dua draf resolusi terhadap Syria atas alasan
berat sebelah.

Di medan konflik di Syria, pasukan keselamatan masih lagi
membunuh penduduk awam, tentera pemberontak dan askar
yang belot di beberapa buah bandar yang kebanyakannya dihuni
oleh penganut Sunni.

Konflik ini lebih meruncing apabila berlakunya serangan Syiah
dan Sunnah yang mana Rejim Asad disokong oleh Iran dan para
pemberontak yang bermazhab Sunni disokong oleh jiran Arab di
sekelilingnya.

Kebanyakan kita tidak mengenali kelompok Syiah Alawiyah ini.
Sebenarnya terdapat pelbagai puak Syiah dan pecahan Alawiyah
ini adalah dari beberapa buah serpihan kelompok Syiah.
Jadi buku ini sedikit sebanyak memberikan input tambahan
kepada para pembaca untuk menyelami apa yang berlaku di
sebalik konflik di Syria ini. Apakah ia hanya berpunca dari politik
dan kuasa dalaman? Atau perseteruan antara kuasa dunia rentetan
dari ‘perang dingin’? Atau pecahan akidah yang tersendiri dan
perselisihan lampau yang kini bersemarak semula?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s