Formula Haji Sempurna

47914_10151083701762409_1190031199_n

ISBN: TBBK1238

PENERBIT: Telaga Biru

PENGARANG: Muhd Najib abdul Kadir & Abdul Salam Yussof

HARGA: RM28.00

Borang Pembelian/Pesanan (Di Sini)

Ringkasan:

Buku ini merupakan siri ilmiah yang boleh dijadikan panduan dalam mengerjakan haji dan umrah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna dan bermaklumat. Lebih mudah untuk difahami sekali gus jemaah haji akan berasa gembira dan puas hati menjadi tetamu Allah Taala. Penulis tidak berhenti hanya dengan memberi panduan kepada bakal jemaah haji malah juga didedahkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh para jemaah supaya berhati-hati dalam melaksanakan ibadah suci ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah kedudukan Tanah Haram, kepentingan haji, persiapan bakal haji, sikap tolong-menolong semasa mengerjakan ibadah haji, cara pelaksanaan haji dan umrah ikut urutan masa, amalan-amalan yang perlu diutamakan semasa menjadi tetamu Allah, kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh sebahagian jemaah, keutamaan menziarahi Masjid Nabi dan beberapa amalan sahabat ketika mengerjakan haji.

Buku ini berguna kepada calon jemaah haji dan jemaah haji muda, terutama kepada bakal jemaah haji yang telah berdaftar untuk menunaikan haji. Buku ini bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang mahu menjadi jemaah haji bagi mendapat haji yang sempurna dan mabrur. Mengapa buku ini perlu dimiliki? Buku ini menyediakan panduan praktis yang mudah dan komprehensif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s